Wednesday, October 22, 2008

Topik: Pelajar IPT Islam


Pelajar IPT Jual Maruah:Apakah Tindakan Menteri Pelajaran Tinggi?


Pendedahan bahawa semakin ramai pelajar IPT menjual kehormatan diri demi untuk kemewahan hidup bukanlah isu baru. Kejadian memalukan ini berlaku sejak sekian lama tetapi tiada tindakan di ambil untuk mengatasinya.

Isu pelajar menjadi GRO atau pelacur kelas atasan ini sebenarnya seolah-olah dihalalkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi kerana menteri yang bertanggungjawab pun seolah-olah membisu seribu bahasa dan memekakkan telinga sahaja.

Menteri terbabit lebih serius menangani isu pelajar yang terbabit dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau pelajar yang pro-pembangkang terlibat dengan kempen pilihanraya. 'Dosa' pelajar-pelajar yang aktif dalam PMI dan aktiviti-aktiviti keagamaan lebih besar dari dosa pelajar-pelajar yang menjadi GRO. Sebab itulah pelajar-pelajar PMI dan kuat agama ini sering dipantau dan disiasat malah diugut supaya tidak terus aktif dalam aktiviti keagamaan.


Pelajar-pelajar yang dilihat pro-pembangkang dan terlibat dengan kempen pilihanraya dikejar dan dihambat ke sana ke mari seolah-olah mereka adalah penjenayah. Peruntukan kewangan yang besar (duit rakyat) digunakan untuk mengekang pergerakan mereka. Sebaliknya pelajar-pelajar kaki bodek di'belai' dan disanjung walaupun mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dan tidak bermoral.


Semua ini adalah kerana Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan ini sebenarnya amat takut kepada Islam. Pihak berkuasa baik kementerian maupun pentadbir universiti lebih takut kepada pelajar-pelajar yang cenderung kepada agama kerana mereka bimbang pelajar ini akan mempengaruhi pelajar lain dan akhirnya kumpulan Islam ini semakin diterima oleh masyarakat kampus.


Manakala pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini tidak dihiraukan kerana pelajar-pelajar ini sudah pasti akan menyokong mereka dan tidak mengganggu gugat kerajaan. Jadi pelajar-pelajar ini terus dibiarkan hanyut tanpa haluan.


Kita juga tidak hairan dengan isu ini kerana ajaran Islam Hadhari sendiri tidak kisah dengan semua itu. Sebab itulah kelab malam,karaoke, dangdut, arak, judi dan sebagainya diberikan lesen oleh kerajaan Islam Hadhari. Jadi kalau pelajar-pelajar ingin mendapatkan pendapatan untuk kemewahan mereka sendiri, ianya tidak menjadi kesalahan di sisi Islam Hadhari. Pakaian yang mendedahkan aurat, seksi dan sebagainya adalah HALAL di sisi Islam Hadhari. Bakal wanita no. 1 yang akan jadi Ibu Islam Hadhari pun sehingga kini tidak menutup aurat.


Pelajar-pelajar IPT yang terlibat menjual maruah kerana ingin mencari kemewahan hidup dan ingin bermegah-megah. Oleh kerana mereka tidak mempunyai duit untuk membeli pakaian, telefon canggih, barang kemas yang mahal-mahal mereka sanggup menggadaikan maruah mereka. Malangnya ibu bapa mereka tidak tahu bahawa mereka melakukan pekerjaan terkutuk tersebut.

4 comments:

mutiaratihani said...

salam..
topik yang menarik..
dalam hal ni semua kena bertanggungjawab..

apa yang berlaku pada mahasisiwa ada kalanya krn hambatan hidup..
segalanya perlu duit maka mereka akan buat apa sahaja..

ayuh.
jangan asyik salahkan siapa..
mari kita teruskan dakwah dalam masyarakat kampus..
jangn kita hanya duduk dalam kelompok kita sahaja..
mad'u itu perlu sentiasa didekati oleh daie

Sayer Best said...

salam..
interesting topic..
satu faktor yang membawa kepada
materialisme di kalangn mahasiswa mungkin boleh
kita katakan sebagai pengaruh rakan-rakan
sebab..
mahasiswa sekarang ni bukan lagi bersaing untuk mengejar kecemerlangan
tapi bersaing untuk membuktikan siapa paling glamour
telefon paling canggih dan sebagainya

jadi
para mahasiswa sendiri yang perlu membetulkan niat mereka
iaitu datang ke IPT untuk mengejar kecemerlangan

@deQ said...

tahniah kepada saudara kerana talah menghsilkan blog yang menaarik dan sarat dengan ilmu..topik yang dibincangkan sangat menarik..merungkai maslah yang berlaku didalam masyarakat..golongan pelajar ini pada aslnya bakal menjadi pemangkin kepada masyarakat dan negara...tetapi..jika beginilah sikap pelajar bagimanakah mereka akn membantu masyarkat dan negara??marilah kita renungkan...teruskan perjuangan...=>

syafiqah said...

salam..firstly nk tya..kta isu pasal pelajar ipt..tp nape letak gmbr budak sekolah..he2..x kena la plak..

anyway topik yg nie very interesting..sekurang-kurangnya dpt membuka mata org2 yg bertanggungjwb dlm hal nie..memang sepatutnya pihak2 nie lbih mementingkan isu2 sebegini..bukan asyik sibukkn isu pelajar ipt involve dlm politik semasa..

marilah kite renungkn bersama...