Tuesday, October 21, 2008

Topik: Hukum Dalam Islam

Hukum Hudud

1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.
2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt.
Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.
b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.
g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.

3 comments:

syafiqah said...

adakah relevant jika hukum hudud diguna pakai di negara kita..dgn pelaksanaan hukum ini..mungkin dapat mengurangkan daripada berleluasanya jenayah di negara kita ini..

Salwaasdaie said...

salam ukhwah fillah...
hukum hudud adalah hukum suci yang mutlak dari Allah SWT...jika hukum ini dijalankan di malaysia, tentu negara kita akan aman dan sejahtera,jenayah tidak berleluasa...

Aminur Rasyid said...

em...bukan masalah hukum, agama berteraskan iman,dgn iman apa sahaja ujian boleh diatasi..nak usaha atas iman, g seri petaling blajo IMAN!!