Wednesday, October 22, 2008

Topik: Ilmu Islam


Ibnu Sina Bapa Kedoktoran Dunia

Avicenna, begitu orang-orang Barat memanggil dan menyebut Ibnu Sina, seorang tokoh Islam abad ke 10 yang terkenal dengan ilmu perubatan dan kedoktorannya.Jika orang-orang Barat berlaku jujur, tak lengkap rujukan mereka tanpa menyebut Ibnu Sina. Ibnu Sina tidak boleh dipisahkan dari perkembangan ilmu kedoktoran dunia.Ibnu Sina pernah menulis sebuah buku dengan judul, Al Qanun fi al Tibb, sebuah buku tentang ilmu kedoktoran yang menjadi rujukan banyak ilmuwan. Orang Barat menyebut buku ini dengan sebutan "The Canon", entah karana kehebatan buku ini atau pindahan kata dari Al Qanun, tapi yang jelas, buku ini sangat dahsyat pada zamannya.


Abu Ali al-Husain ibn Abdullah ibn Sina, itulah nama lengkap Ibnu Sina. Ia lahir di Afsana, sebuah kota kecil dekat dengan kota Bukhara, tempat asal ahli hadits ternama Bukhari, pada tahun 981.Pada usia sepuluh tahun, ia sudah menghafal al-Qur'an dan sudah belajar tentang ilmu kedoktoran.


Bukan sekadar belajar ilmu kedoktoran, di usianya yang masih sangat muda itu ia juga belajar tentang ilmu logik dari gurunya Abu Abdullah Natili, seorang tokoh terkenal zaman itu. Ibnu sina menunjukkan minat dalam setiap bidang yang beliau ceburi. Di kampung, beliau merupakan seorang remaja yang mempunyai pengetahuan kedoktoran yang tinggi serta kedalaman ilmu agama.


Pada saat usianya mencecah tujuh belas tahun, Allah memberinya jalan yang tidak pernah diduga sebelumnya. Ibnu Sina telah berjaya menyembuhkan penyakit raja Bukhara. Ini adalah anugerah Allah ke atas beliau kerana telah banyak tabib dan dukun tidak berjaya untuk meyembuhkan penyakit raja tersebut sebelumnya.Sebagai penghargaan, raja telah meminta Ibnu Sina untuk menetap di istana, paling tidak untuk sementara waktu selama raja tersebut dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus. Sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas bertambah lagi.


Ibnu Sina selain terkenal sebagai seorang ahli dalam ilmu agama dan kedoktoran, ia juga ahli matematik. Bukan sekadar itu, beliau juga seorang tokah terkenal sekaligus seorang ahli di bidang astronomi.beliau juga merupakan seorang pustakawan dan ahli psikatri yang handal.Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang pengembara.


Setelah kematian ayahnya ia mulai berkelana, menyebarkan ilmu dan mencari ilmu yang baru. Tempat pertama yang ditujunya setelah melalui hari duka itu adalah Jurjan, sebuah kota di Timur Tengah. Di sinilah ia bertemu dengan seorang sastrawan dan ulama besar iaitu Abu Raihan Al-Biruni. Al-Biruni merupakan guru baru beliau.Oleh yang demikian, ibnu Sina telah memperolehi ilmu yang baru dalam kehidupan beliau.


Setelah di Jurjan, tidak lama kemudian, Ibnu Sina melanjutkan lagi pengembaraannya. Rayy dan Hamadan adalah kota selanjutnya, sebuah kota dimana karyanya yang spekular The Canon mulai dituliskan. Di tempat ini pula Ibnu Sina banyak berjasa, terutama pada raja Hamadan. Seakan tak pernah lelah, ia melanjutkan lagi pengembaraannya, kali ini daerah Iran. Di sepanjang jalan yang dilaluinya itu, banyak lahir karya-karya besar yang memberikan manfaat besar pada dunia ilmu kedoktoran khususnya.


Dalam The Canon, beliau menulis eksiklopedia dengan jumlah jutaan item tentang ubat-ubatan. Beliau juga adalah orang yang memperkenalkan penyembuhan secara sistematis, dan ini dijadikan rujukan selama tujuh abad lamanya. Begitulah contoh jika ilmu-ilmu Allah dipelajari dan diamalkan dengan benar.Ibnu Sina telah menggambarkan anatomi tubuh manusia secara lengkap untuk pertama kalinya. Dan dari sani beliau berkesimpulan bahawa, setiap bahagian tubuh manusia, dari ujung rambut hingga ujung kaki kuku saling berhubungan. Lebih khusus lagi, beliau mengenalkan dunia kedoktoran pada ilmu yang sekarang diberi nama pathology dan farma, yang menjadi bahagian penting dari ilmu kedoktoran.


Selain itu juga,beliau merupakan orang yang pertama sekali merumuskan, bahawa kesihatan fizik dan kesihatan jiwa ada kaitan dan saling mendukung. Beliaujuga merupakan orang yang pertama sekali mengatakan dan memisahkan seluruh bahagian dari mata. Maka kalau kita sekarang mengenal kornea, pupil, retina, lensa optik dan setiap bagian dari mata, seharusnya kita berterima kasih pada Ibnu Sina. Pendeknya, karya Ibnu Sina, The Canon telah menjadi "kitab suci" dalam dunia kedoktoran sampai saat ini. Selain The Canon, ada satu lagi kitab karya Ibnu Sina yang tidak kalah dahsyatnya. Ibnu Sina's Kitab As Sifa, begitulah judulnya. Sebuah kitab tentang cara-cara perubatan. Dalam bahasa latin, kitab ini di kenali dengan nama "Sanatio".


Kini hampir sepuluh abad sudah Ibnu Sina meninggalkan kita, tapi ilmu dan karyanya sampai sekarang masih berguna. Kita sebagai generasi muda Islam, tidak cukup hanya bangga mempunyai Ibnu Sina, tapi bagaimana kita menjadi Ibnu Sina muda yang menjadi acuan dunia dan meninggikan kalimah Ilahi.Ibnu Sina memang telah meninggalkan kita sejak tahun 1073 lalu, di kota yang dicintainya, Hamadan. Tapi sebenarnya ia masih menemani dan membimbing kita, khususnya orang-orang yang berada didunia kedoktoran.

Topik: Pelajar IPT Islam


Pelajar IPT Jual Maruah:Apakah Tindakan Menteri Pelajaran Tinggi?


Pendedahan bahawa semakin ramai pelajar IPT menjual kehormatan diri demi untuk kemewahan hidup bukanlah isu baru. Kejadian memalukan ini berlaku sejak sekian lama tetapi tiada tindakan di ambil untuk mengatasinya.

Isu pelajar menjadi GRO atau pelacur kelas atasan ini sebenarnya seolah-olah dihalalkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi kerana menteri yang bertanggungjawab pun seolah-olah membisu seribu bahasa dan memekakkan telinga sahaja.

Menteri terbabit lebih serius menangani isu pelajar yang terbabit dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau pelajar yang pro-pembangkang terlibat dengan kempen pilihanraya. 'Dosa' pelajar-pelajar yang aktif dalam PMI dan aktiviti-aktiviti keagamaan lebih besar dari dosa pelajar-pelajar yang menjadi GRO. Sebab itulah pelajar-pelajar PMI dan kuat agama ini sering dipantau dan disiasat malah diugut supaya tidak terus aktif dalam aktiviti keagamaan.


Pelajar-pelajar yang dilihat pro-pembangkang dan terlibat dengan kempen pilihanraya dikejar dan dihambat ke sana ke mari seolah-olah mereka adalah penjenayah. Peruntukan kewangan yang besar (duit rakyat) digunakan untuk mengekang pergerakan mereka. Sebaliknya pelajar-pelajar kaki bodek di'belai' dan disanjung walaupun mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dan tidak bermoral.


Semua ini adalah kerana Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan ini sebenarnya amat takut kepada Islam. Pihak berkuasa baik kementerian maupun pentadbir universiti lebih takut kepada pelajar-pelajar yang cenderung kepada agama kerana mereka bimbang pelajar ini akan mempengaruhi pelajar lain dan akhirnya kumpulan Islam ini semakin diterima oleh masyarakat kampus.


Manakala pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini tidak dihiraukan kerana pelajar-pelajar ini sudah pasti akan menyokong mereka dan tidak mengganggu gugat kerajaan. Jadi pelajar-pelajar ini terus dibiarkan hanyut tanpa haluan.


Kita juga tidak hairan dengan isu ini kerana ajaran Islam Hadhari sendiri tidak kisah dengan semua itu. Sebab itulah kelab malam,karaoke, dangdut, arak, judi dan sebagainya diberikan lesen oleh kerajaan Islam Hadhari. Jadi kalau pelajar-pelajar ingin mendapatkan pendapatan untuk kemewahan mereka sendiri, ianya tidak menjadi kesalahan di sisi Islam Hadhari. Pakaian yang mendedahkan aurat, seksi dan sebagainya adalah HALAL di sisi Islam Hadhari. Bakal wanita no. 1 yang akan jadi Ibu Islam Hadhari pun sehingga kini tidak menutup aurat.


Pelajar-pelajar IPT yang terlibat menjual maruah kerana ingin mencari kemewahan hidup dan ingin bermegah-megah. Oleh kerana mereka tidak mempunyai duit untuk membeli pakaian, telefon canggih, barang kemas yang mahal-mahal mereka sanggup menggadaikan maruah mereka. Malangnya ibu bapa mereka tidak tahu bahawa mereka melakukan pekerjaan terkutuk tersebut.

Topik: Politik Islam


Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz


“Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan. Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Tuesday, October 21, 2008

Topik: Negara Islam

Konsep Negara Islam


Ciri-Ciri Negara Islam


Terdapat tiga ciri-ciri penting di dalam menegakkan Negara Islam.
Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
Umat yang mendokonginya
Pemerintahan Islam yang menaunginya.




Syariat Islam Yang Mesti Dipatuhi Kepadanya


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili di antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana membela (orang-orang yang khianat)."


Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dari urusan agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui."




Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaan. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklahdirujuk kepadanya, kerana menurut Islam;
Semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan peringkat adalah hamba kepada Allah. Tidak harus bagi manusia berlagak menjadi Tuhan sama ada orang perseorangan atau kumpulan. Sebarang tindakan atau amalan mempersucikan manusia. Memberi kuasa mutlak kepada orang perseorangan atau kumpulan yang mengadakan hukum syariat menurut kemahuan adalah syirik dan mengaku mempunyai hak ketuhanan.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka daripada perkara ad-Deen yang tidak diizinkan oleh Allah."


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu (Muhammad SAW) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya."




Semua manusia adalah sama dari segi asal usul mereka dan diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Walaupun berbagai-bagai bangsa dan menggunakan berbagai-bagai bahasa. Mereka tetap mempunyai titik persamaan sebagai manusia yang bersifat manusia dan semua mereka adalah hamba Allah.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kullit. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
Setiap orang mempunyai tanggungjawab sebagai makhluk sama ada ia pemerintah atau rakyat biasa.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku."
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin. ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki pemimpin pada ahlinya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan ia ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan ia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan ia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya."




Tanggungjawab itu ada dua bahagia.
1. Di dunia yang mesti diatur menurut syariat Allah.
2. Di akhirat di mana ia bertanggungjawab di hadapan Allah SWT.


Sumber hukum syariat kepada manusia sama sahaja dengan sumber peraturan tabi'e kepada makhluk lain. Mereka mestilah patuh kepada apa yang ditentukan oleh Allah dan manusia pula menerima taklimat Hukum Allah dari para Rasul yang dipilih oleh Allah. Syariat tersebut benar-benar menepati fitrah (naluri) manusia dan ditetapkan secara qat'i (putus) dalam perkara-perkara yang tidak dapat di capai oleh akal manusia dan diberi dasar umum dalam perkara yang dapat dikaji dengan akal yang betul dan dinyatakan batas-batas agar manusia tidak terlanjur dengan akalnya semata-mata. Dalam konteks Negara Islam, terdapat begitu banyak sumber-sumber yang boleh dipakai sepanjang zaman. Di antara sumber-sumbernya ialah:
Al-Quranul Karim, yang diwahyukan dari Allah SWT. Di dalamnya terkandung semua perkara-perkara dalam kehidupan manusia, bermula dari perkara hubungan mereka dengan Allah SWT sehingga kepada hubungan mereka dengan bahan-bahan yang ada di atas muka bumi yang ditugaskan mereka memakmurkannya. Di dalamnya terdapat ayat-ayat yang menjadi perlembagaan Negara Islam , yang menjadi dasar dan hukum pembentukan masyarakat dan segala kegiatan yang mempunyai matlamat yang sebenar.


Sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana Rasulullah SAW mempraktikkan Hukum Allah SWT yang ada di dalam al-Quranul Karim. Bagaimana Rasulullah SAW melaksanakan Islam di dalam masyarakat dan negara yang paling majmuk. Darinya kita dapat memahami bagaimana dan ke arah mana al-Quran itu diamalkan.


Perjalanan Al-Kulafah ar-Rasyidin. Mereka yang menjadi Ketua Negara selepas wafatnya Rasulullah SAW. Melalui perjalanannya kita dapat memahami bagaimana penyelesaian yang kadang-kadang ada perkara yang tidak timbul di zaman Rasulullah SAW, tetapi dapat di hadapi dengan selamat berdasarkan al-Quran dan Hadith Nabi SAW.
Pendapat Ulama' Muhtahiddin. Iaitu mereka yang memahami isi kandungan al-Quran dan Hadith dan juga masalah semasa dengan pandangan-pandangan tajam sehingga dapat diputuskan hukum dan menyelesaikan semua masalah. Di dalam kitab-kitab karangan mereka amat kaya dengan bahan-bahan untuk Negara Islam.


Tegaknya Negara Islam itu hendaklah di atas dasar membebaskan manusia dari pengabdian sesama makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Apabila dasar pengabdian diri hanya kepada Allah SWT dijunjung di dalam sesebuah negara, maka berlakulah keadilan sejagat dan mutlak. Tiadalah manusia dianggap istimewa di dalam melaksanakan undang-undang kepadanya. Inilah yang diucapkan oleh Raba'i bin Amir kepada Rustam, panglima tentera Farsi yang bermaksud:
"Allah membangkitkan kami untuk menyelamatkan sesiapa yang mahu lari dari mengabdikan diri kepada sesama hamba (manusia) kepada mengabdikan diri kepada Allah dari kezaliman berbagai-bagai ajaran kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada yang luas terbentang."


Syariat Islam itu mampu memenuhi keperluan manusia sejagat dalam semua keadaan dan masa kerana ia mempunyai beberapa sifat keistimewaan yang tidak ada pada ajaran yang lain. Bagi menghuraikannya satu persatu memerlukan ruang yang panjang, saya hanyalah mengemukakan secara rengkas untuk menjadi asas perbincangan kita bersama. Di antaranya ialah:


1. Beriman kepada Allah yang membawa kepada ketundukan dan kepatuhan yang ikhlas bagi menegakkan hukum agama-Nya. Menjadikan seseorang itu tidak ragu-ragu tentang kejayaan Hukum Islam yang diberikan jaminan oleh Allah SWT lalu ia tidak membuat pilihan lain lagi. Tidak lagi dipengaruhi oleh kepentingan diri atau puak. Perlaksanaan dari hati ikhlas dan bukannya berpura-pura untuk menarik sokongan manusia semata-mata. Ia tetap menegakkan keadilan dan kebenaran walaupun ia jatuh dan tumbang kerananya. Tanggungjawab seseorang yang beriman itu bukan sahaja di dunia tetapi ia menyedari matlamatnya iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Maka tiadalah sikap mengabdikan diri sesama manusia atau mempermainkan mereka dengan kuasa pemerintahan yang ada.




2. Kemanusiaan sejagat. Di mana hukum Islam itu menjadi rahmat kepada manusia seluruhnya. Bukan hanya untuk sesuatu bangsa atau sesuatu kawasan atau menurut sempadan negeri sahaja. Fahaman Asobiyyah yang termasuk di dalam fahaman nasionalisme adalah bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bukan dari kalangan kami, orang yang menyeru ke jalan asobiyyah. Dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asobiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar asobiyyah."
Apabila ditanya, apakah makna asobiyyah, Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:
"Kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Maka tiada orang yang istimewa di bawah undang-undang atau membahagikan hak kerana apabila meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya adalah zalim.


3. Keadilan mutlak, yang mesti ditegakkan di kalangan manusia ke arah mewujudkan persaudaraan di kalangan mereka. Memelihara kebebasan beragama walaupun kita tetap menyatakan bahawa Islamlah satu-satunya agama yang benar. Memelihara nyawa, akal, akhlak, keturunan dan hartabenda kerana semua manusia adalah hamba Allah SWT dan bukannya hamba kepada negara dan kerajaan. Kerajaan Islam adalah pelaksana hukum Allah SWT dan bukannya pembuat atau pengubal hukum menurut kemahuan merekadalam perkara yang tidak diizinkan oleh agama. Sejarah Islam kaya dengan contoh-contoh keadilan dan menolak kezaliman. Keadilan mestilah ditegakkan walaupun terhadap musuh negara. Apa lagi terhadap rakyat termasuk rakyat bukan Islam yang memberi taat setia kepada Negara Islam. Keadilan itu berlaku dalam semua perkara. Bukan sahaja di mahkamah tetapi juga di dalam pentadbiran dan pembahagian hak.




4. Pertimbangan di antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat. Ini berbeza dengan negara-negara kapitalis yang terlalu memberi hak kepada individu sehingga menjejaskan kepentingan masyarakat. Tidak juga seperti negara komunis dan sosialis yang melampau dalam membela kepentingan masyarakat, kononnya tetapi sebaliknya merampas beberapa hak individu. Di antara contoh yang nyata di dalam perkara ini ialah dalam aspek memberi hak milik kepada rakyat. Di dalam al-Quran dan al-Hadith Nabi SAW, menyatakan bahawa di antara sifat manusia ialah memiliki sesuatu dan hidup bermasyarakat. Oleh itu beberapa perkara yang menjadi sumbangan kepada masyarakat di wajibkan di dalam Islam, seperti zakat dan lain-lain tanpa menghapuskan naluri kepentingan individu yang ada pada manusia.






5. Thabat dan Marunah (Teguh dan Anjal) Iaitu teguh dalam perkara-perkara dasar dan beberapa perkara cabang serta perkara yang menjadi matlamat manusia yang tidak mampu mereka tentukan dengan akal mereka semata-mata. Islam tidak pernah mengikat penggunaan ilmu pengetahuan yang betul di dalam menghadapi perubahan masyarakat menurut masa dan tempat lalu diizinkan berijtihad kepada orang yang mempunyai keahlian dan memberi hak yang dinamakan siasah syariah kepada pemerintah mengendalikan masyarakat dan negara yang mengalami cabaran dan situasi yang berbeza-beza tanpa menyanggah Hukum Islam yang tetap untuk memberi kebaikan kepada manusia.

Topik: Ekonomi

Forex Trading Dalam Perspektif Islam

Sebagian umat Islam meragukan kehalalan praktik perdagangan berjangka. Bagaimana menurut padangan para pemikir Islam?
"Jangan engkau menjual sesuatu yang tidak ada padamu" sabda Nabi Muhammad SAW, dalam sebuah hadits riwayat Abu Hurairah.
Oleh itu para fuqaha (ahli fiqih Islam) telah menafsir hadith tersebut secara sahih. Yang penting, setiap perbuatan jual beli yang tidak ada barangnya pada waktu akad adalah haram. Penafsiran secara demikian itu telah membuatkan fiqih Islam sulit untuk memenuhi tuntutan zaman yang terus berkembang dengan perubahan-perubahannya.
Karana itu, sejumlah ulama terdahulu yang terkenal dengan pemikiran cemerlangnya, menentang cara penafsiran yang sempit tersebut. Misalnya, Ibn al-Qayyim. Ulama bermazhab Hambali ini berpendapat, bahawa tidak benar jual-beli barang yang tidak ada dilarang. Baik dalam Al Qur’an,sunnah mahupun fatwa para sahabat, larangan itu tidak ada.
Dalam Sunnah Nabi, hanya terdapat larangan menjual barang yang belum ada, sebagaimana larangan beberapa barang yang sudah ada pada waktu akad. Gharar adalah ketidakpastian tentang apakah barang yang diperjual-belikan itu dapat diserahkan atau tidak. Misalnya, seseorang menjual unta yang hilang atau menjual barang milik orang lain, padahal tidak diberi kebenaran oleh yang berkaitan.
Jadi, meskipun pada waktu akad barangnya tiada, namun ada kepastian diadakan pada waktu diperlukan sehingga boleh diserahkan kepada pembeli, maka jual beli tersebut sah. Sebaliknya, jika barangnya sudah ada tapi - karena satu dan lain hal — tidak mungkin diserahkan kepada pembeli, maka jual beli itu tidak sah.
Perdagangan berjangka, jelas bukan gharar. Sebab, dalam kontrak berjangka, jenis komoditi yang dijual-belikan sudah ditentukan. Begitu juga dengan jumlah, mutu, tempat dan waktu penyerahannya. Semuanya berjalan di atas satu aturan rasmi yang ketat, sebagai antisipasi terjadinya penipuan — satu hal yang betul boleh juga terjadi pada perlakuan jual-beli konvensional.
Dalam perspektif hukum Islam, Perdagangan Berjangka Komoditi (PBK) (forex adalah bahagian dari PBK) dapat dimasukkan ke dalam kategori almasa’il almu’ashirah atau masalah-masalah hukum Islam kontemporer. Karana itu, status hukumnya dapat dikategorikan kepada masalah ijtihadiyyah. Klasifikasi ijtihadiyyah masuk ke dalam wilayah fi ma la nasha fih, yakni masalah hukum yang tidak mempunyai referensi nash hukum yang pasti.
Dalam kategori masalah hukum al-Sahrastani, ia termasuk ke dalam paradigma al-nushush qad intahat wa al-waqa’I la tatanahi. Ertinya, nash hukum dalam bentuk Al-Quran dan Sunnah sudah selesai; tidak lagi ada tambahan. Dengan demikian, hukum yang baru muncul mesti diberikan kepastian hukumnya melalui ijtihad.
Dalam kasus hukum PBK, ijtihad dapat merujuk kepada teori perubahan hukum yang diperkenalkan oleh Ibn Qoyyim al-Jauziyyah. Ia menjelaskan, fatwa hukum dapat berubah karana beberapa variabel perubahnya, yakni: waktu, tempat, niat, tujuan dan manfaat. Teori perubahan hukum ini diturunkan dari paradigma ilmu hukum dari gurunya Ibn Taimiyyah, yang menyatakan bahawa a-haqiqah fi al-a’yan la fi al-adzhan. Ertinya, kebenaran hukum itu dijumpai dalam kenyataan empirik; bukan dalam alam pemikiran atau alam idea.
Paradigma ini diturunkan dari prinsip hukum Islam tentang keadilan yang ada dalam Al Quran digunakan istilah al-mizan, a-qisth, al-wasth, dan al-adl.
Dalam penerapannya, secara khusus masalah PBK dapat dimasukkan ke dalam bidang kajian fiqh al-siyasah maliyyah, yakni politik hukum kebendaan. Dengan kata lain, PBK termasuk kajian hukum Islam dalam pengertian bagaimana hukum Islam diterapkan dalam masalah kepemilikan atas harta benda, melalui perdagangan berjangka komoditi dalam era globalisasi dan perdagangan bebas.
Realisasi yang paling mungkin dalam rangka melindungi pelaku dan pihak-pihak yang terlibat dalam perdagangan berjangka komoditi dalam ruang dan waktu serta pertimbangan tujuan dan manfaatnya dewasa ini, sejalan dengan semangat dan bunyi UU No. 32/1977 tentang PBK.
Karana teori perubahan hukum seperti dijelaskan di atas, dapat menunjukkan elastisitas hukum Islam dalam perlembagaan dan bidang perekonomian, maka PBK dalam sistem hukum Islam dapat dianalogikan dengan bay’ al-salam’ajl bi’ajil.
Bay’ al-salam dapat diertikan sebagai berikut. Al-salam atau al-salaf adalah bay’ ajl bi’ajil, yakni memperjualbelikan sesuatu dengan ketentuan sifat-sifatnya yang terjamin kebenarannya. Di dalam transaksi demikian, penyerahan ra’s al-mal dalam bentuk wang sebagai nilai tukar didahulukan daripada penyerahan komoditi yang dimaksud dalam transaksi itu. Ulama Syafi’iyah dan Hanabilah mendefinisikannya dengan: “Akad atas komoditas jual beli yang diberi sifat terjamin yang ditangguhkan (berjangka) dengan harga jual yang ditetapkan di dalam bursa akad”.
Keabsahan transaksi jual beli berjangka, ditentukan oleh terpenuhinya rukun dan syarat sebagai berikut :
Rukun sebagai unsur-unsur utama yang harus ada dalam suatu peristiwa transaksi Unsur-unsur utama di dalam bay’ al-salam adalah:
Pihak-pihak pelaku (‘aqid) yang disebut dengan istilah muslim atau muslim ilaih.Objek transaksi (ma’qud alaih), iaitu barang-barang komoditi berjangka dan harga tukar (ra’s al-mal al-salam dan al-muslim fih).Kalimat transaksi (Sighat ‘aqad), yaitu ijab dan kabul. Yang perlu diperhatikan dari unsur-unsur tersebut, adalah bahwa ijab dan qabul dinyatakan dalam bahasa dan kalimat yang jelas menunjukkan transaksi berjangka. Karena itu, ulama Syafi’iyah menekankan penggunaan istilah al-salam atau al-salaf di dalam kalimat-kalimat transaksi itu, dengan alasan bahawa ‘aqd al-salam adalah bay’ al-ma’dum dengan sifat dan cara berbeza dari akad jual dan beli (buy).
Syarat-syarat
Persyaratan berkenaan objek transaksi, adalah: bahawa objek transaksi harus memenuhi kejelasan mengenai: jenisnya (an yakun fi jinsin ma’lumin), sifatnya, ukuran (kadar), jangka penyerahan, harga tukar, tempat penyerahan.
Persyaratan yang harus dipenuhi oleh harga tukar (al-tsaman), adalah, Pertama, kejelasan jenis alat tukar, iaitu dirham, dinar, rupiah atau dolar dsb atau barang-barang yang dapat ditimbang, disukat, dsb. Kedua, kejelasan jenis alat tukar apakah rupiah, dolar Amerika, dolar Singapura, dst. Apakah timbangan yang disepakati dalam bentuk kilogram, pond, dst.
Kejelasan tentang kualiti objek transaksi, apakah kualiti istimewa, baik sedang atau buruk. Syarat-syarat di atas ditetapkan dengan maksud menghilangkan jahalah fi al-’aqd atau alasan ketidaktahuan kondisi-kondisi barang pada saat transaksi. Sebab hal ini akan mengakibatkan terjadinya perselisihan di antara pelaku transaksi, yang akan merusak nilai transaksi.
Kejelasan jumlah harga tukar. Penjelasan singkat di atas nampaknya telah dapat memberikan kejelasan kebolehan PBK. Kalaupun dalam pelaksanaannya masih ada pihak-pihak yang merasa dirugikan dengan peraturan perundang-undangan yang ada, maka dapatlah digunakan kaedah hukum atau legal maxim yang berbunyi: ma la yudrak kulluh la yutrak kulluh. Apa yang tidak dapat dilaksanakan semuanya, maka tidak perlu ditinggalkan keseluruhannya.
Dengan demikian, hukum dan pelaksanaan PBK sampai batas-batas tertentu boleh dinyatakan dapat diterima atau setidak-tidaknya sesuai dengan semangat dan jiwa norma hukum Islam, dengan menganalogikan kepada bay’ al-salam.

Topik: Hukum Dalam Islam

Hukum Hudud

1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.
2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt.
Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.
b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.
g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.

Topik: Keluarga Islam

Tanggungjawab Sebuah Keluarga


Sungguh, baiknya umat Islam hanyalah dapat diraih dengan cara kembali kepada ajaran Islam yang lurus itu sendiri. Baik dalam permasalahan aqidah, metode pengajaran maupun aturan kehidupan. Ajaran Islam seharusnya dipraktikkan dalam seluruh aspek kehidupan, kemasyarakatan, ekonomi maupun politik. Asas dari seluruh elemen masyarakat adalah sebuah keluarga muslim. Pembinaan (Tarbiyah) keluarga muslim berujud pendidikan Islam dan pelaksana utama dari pendidikan ini adalah seorang ibu muslimah.
Islam sendiri memberikan tanggung jawab yang begitu agung kepada keluarga baik dia seorang ayah maupun ibu untuk memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada anggota keluarga. Pembinaan yang demikian inilah yang akan menyelamatkan dan memberikan penjagaan kepada diri dan keluarga.
Mengenai hal ini Ali bin Abi Tholib dan Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhum menyatakan “Berikan pendidikan, ajarilah dengan ketaatan kepada Allah, serta takutlah dari kemaksiatan. Didiklah anggota keluargamu dengan dzikir yang akan menyelamatkan dari api neraka” ( Ibnu Katsir & At Tabari).
Berkaitan dengan tanggung jawab keluarga muslimah ini Nabi Muhammad s.a.w. menerangkan secara umum tanggung jawab seorang pemimpin.
“Ketahuilah bahwa kalian semua adalah pemimpin, dan kalian akan ditanya tentang kepemimpinan kalian. Pemimpin di antara manusia dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Laki-laki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Istri adalah pemimpin dalam rumah tangga serta anak-anak suaminya dan dia akan ditanya tentang mereka. Budak/ pembantu adalah pemimpin dari harta tuannya dan dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah bahwa kamu sekalian adalah pemimpin dan kalian akan ditanya tentang tentang kepemimpinannya”(HSR Bukhari)
Tanggung jawab yang disinggung pada hadits di atas bersifat umum dan menyeluruh. Tanggung jawab seorang suami tidaklah hanya sebatas memenuhi kebutuhan materi saja , demikian halnya dengan seorang isteri. Ia tidaklah hanya bertanggung jawab terhadap kebersihan rumah, atau menyiapkan makanan semata. Akan tetapi keduanya dari kedudukan yang berbeda mempunyai tanggung jawab terhadap pendidikan keimanan keluarga termasuk di dalamnya tanggung jawab dakwah.
Al Quran dan al Hadits sumber pedoman kita menegaskan tanggung jawab kedua orang tua dalam aktivitas keluarga dan pengaruhnya terhadap anak. Seorang isteri memiliki tanggung jawab yan berbeda dengan dengan suami. Dan ia adalah pemimpin sebagaimana yang disinggung dalam hadits di atas. Secara nyata tanggung jawab seorang isteri terhadap rumah tangga dan anak-anak suaminya sangatlah luas. Panjangnya kebersamaan seorang ibu dengan anak secara otomatis memberikan warna tersendiri bagi perkembangan pendidikan fisik maupun mental dari sang anak.
Apabila kita timbang tanggung jawab seorang suami dengan seorang isteri maka akan kita dapatkan bahawa tanggung jawab seorang isteri sangatlah besar. Kerana dialah yang melahirkan sang anak, menyusuinya, dan menemani serta mendidik anak dari jam ke jam, hari ke hari. Bahkan ketika seorang anak masih kecil, kemudian menginjak remaja dan menjelang dewasa, di dalam rumah mahupun di luar rumah sang ibu senantiasa mewarnai bentuk kehidupan sang anak. Hingga mungkin sang ayah telah tiada maka ibulah yang tetap mendampingi putranya untuk menyongsong masa depan. Inilah hikmah diperintahkannya wanita untuk berada di rumahnya.

Topik: Penghayatan Islam

Kelebihan Sembahyang Dua Rakaat

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: " Setelah Allah S.A.W selesai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat.
Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya sendiri dan berkata: " Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku".
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Tidak". Kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T pun berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai , namanya" Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.Maka demi kemuliaanKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih suka dari solatmu.Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu'.Kemudian Jibrail A.S. berkata: " Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Ya Jibrail, akan Aku memberikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal".
Kemudian Jibrail A.S. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail A.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayap dan terbang, setipa kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat Jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud : " Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya , atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: " Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan".

Thursday, October 9, 2008

Topik: Pendidikan Anak-anak


22 Perkara Berkaitan Dengan Pendidikan Anak-anak

Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan.
Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:


1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta
bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.

2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan
baik.

3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.

4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.

6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.

7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.

8) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.

9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-
anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.

11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu
sebagai suatu keharusan.

12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di
waktu hendak tidur.

13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali
setiap hari.

14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.

15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).

16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.

17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya
kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.

18) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan
gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.

19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab
salam cara sopan.

20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang
permainan orang lain.

21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang
tua di mata anak mereka.

22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa
memohon wasilah bagi Nabi.
Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.
Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dipetik dari Majalah ANIS Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Topik: Akidah


Langkah-langkah Mengukuhkan Akdah

Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan akidah, salah satu pendekatan yang penting adalah memberikan didikan agama kepada anak-anak pada peringkat awal. Sebenarnya pendidikan awal adalah bermula dari rumah, bukan dari sekolah. Keluarga mestilah mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang betul. Aspek yang mesti diajar kepada anak-anak adalah berkaitan dengan kepercayaan. Rukun iman dan Rukun Islam yang menjadi asas akidah Islam itu adalah perkara asas yang wajib diajarkan kepada anak-anak. Dengan adanya asas yang kukuh dalam diri seseorang itu, ini akan dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.
Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.
Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.
Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri.